CARIAN ANDA

Monday, 17 November 2014

Ziarah Akbar Habib Umar Ben Hafidz

Ahlan Wasahlan Ya Habib Umar ke Masjid Al-Irsyad USJ 1

Alamat : Masjid Al-Irsyad USJ 1, Persiaran Subang Mewah, 47610 Subang Jaya, Selangor.
Tarikh : 30 November 2014
Masa : 10.30 pagi - 2.00 Petang



Jadual Bertugas Pegawai Bagi Bulan November 2014


Wednesday, 1 October 2014

Kuliah Maghrib 30/09/2014

...ON AIR BERSIARAN LANGSUNG SEKARANG...
Fatwa isu semasa malam ini Ustaz memperkatakan tentang hukum wanita menjadi pemimpin dan hukum meniru didalam peperiksaan..
LINK YOUTUBE ; http://www.youtube.com/watch?v=koUlSBPr9Fg

Wednesday, 24 September 2014

Penyertaan Qurban 2014

Assalaamualaikum warahmatullaahi wabarokaatuh
Penyertaan Qurban pada tahun ini masih lagi dibuka dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 September 2014.  Muslimin dan muslimat dijemput untuk sama-sama menyertai ibadah qurban pada tahun ini. Sebarang pertanyaan bolehlah mengubungi :

En Suzilman 0176395582
Ustaz Hazizul 0123425951 
atau Ustaz Zainal 0192652801.

Sunday, 6 January 2013

Kurang ajar engkau!


Terdapat satu hikayat yang berlaku ke atas dua orang, yang seorang berilmu tetapi tidak beribadah, yang seorang lagi beribadah tetapi tidak berilmu. Mereka dicuba dan diuji oleh seseorang, sampai di mana jahatnya orang yang berilmu tapi tidak beribadah, dan jahatnya orang yang beribadah tetapi tanpa ilmu. Dia mendatangi keduanya dengan memakai pakaian yang hebat. Kepada orang yang beribadah ia berkata begini, " Hai! hamba-Ku aku sudah ampuni dosamu seluruhnya, sekarang kau tidak perlu lagi beribadah". maka jawab orang yang ibadah itu, " Oh, itulah yang ku harapkan dari-Mu ya Tuhanku", disangka orang yang bersuara itu adalah Tuhannya, sebab ia tidak mengetahui sifat-sifat Tuhan. Kemudian ia datang kepada orang yang berilmu yang sedang minum arak dan berkata : " Hai, kamu akan diampuni dosamu! " Maka ia menjawab : " Kurang ajar engkau! " lalu dicabutnya pedang, " Engkau sangka aku tidak mengetahui Tuhan? "

Demikianlah bahawa orang yang berilmu itu tidak mudah ditipu syaitan, tetapi sebaliknya orang yang tidak berilmu sangat mudah ditipu oleh syaitan

Tuesday, 26 July 2011

Tertipu....



Ada satu hikayat bahawa seorang ahli ibadah yang jahil selalu berdoa agar dapat melihat iblis. Ada yang menasihatinya : Jangan berdoa demikian! mintalah keselamatan kepada Allah ta`ala daripada tipudayanya. Namun ia tetap berkeras kepala ingin melihat iblis. Maka diperlihatkan Allah ta`ala kepada Iblis. Ketika ia melihat iblis ia hendak ditamparnya. Maka iblis itu berkata sepertimana berikut, " Andaikata aku tidak tahu bahawa umurmu masih 100 tahun lagi, aku bunuh engkau dan juga aku hukum! " Maka tertipu dia : "Wah hidupku ini seratus tahun lagi." Dia berkata dalam hatinya, " Masih panjang umurku, nanti sahaja aku beribadah, kalau sudah dekat mati baru aku bertaubat dan mulai beribadah, kalau dari sekarang terasa sangat payah. Aku akan melakukan maksiat sepuas-puasnya, nanti kalau sudah hampir 100 tahun barulah aku bertaubat."
Akhirnya dia mengerjakan maksiat sepuas-puasnya dan meninggalkan ibadah, dan sebelum 100 tahun dia mati. Itulah orang yang suka berlagak tahu.

Monday, 25 July 2011

Rukun Iman dan Pengertiannya

Rukun
  • Percaya kepada Allah
Sifat Allah
Wajib
Mustahil
Harus
20
Lawan sifat 20
1
  • Percaya kepada Malaikat
Malaikat yang wajib dipercayai secara tafsili

Jibril Menyampaikan wahyu Mikail Membawa rezeki Israfil Meniup sangkakala ‘Izrail Mencabut nyawa Munkar Menyoal mayat di dalam kubur Nakir Menyoal mayat di dalam kubur Raqib Mencatit amalan kebajikan Atid Mencatit amalan kejahatan Malik Menjaga pintu neraka Ridwan Menjaga pintu syurga
  • Percaya kepada Kitab
Kitab Samawi
1. Al-Quran oleh Nabi Muhammad dalam Bahasa Arab

2. Injil oleh Nabi Isa dalam Bahasa Siryani

3. Zabur oleh Nabi Daud dalam Bahasa Qibti

4. Taurat oleh Nabi Musa dalam Bahasa Ibrani
  • Percaya kepada Rasul
1. Adam 2. Idris 3. Nuh 4. Hud 5. Saleh 6. Ibrahim 7. Luth 8. Ishak 9. Ismail 10. Ya’qub 11. Yusuf 12. Ayub 13. Syu’aib 14. Harun 15. Musa 16. Ilyasa’ 17. Zulkifli 18. Daud 19. Sulaiman 20. Ilyas 21. Yunus 22. Zakaria 23. Yahya 24. Isa 25. Muhammad S.A.W.
  • Percaya kepada Hari Akhirat
  • Percaya kepada Qadha’ dan Qadar
    • Erti Qadha’ adalah perlaksanaan setiap satu perkara
    • Erti Qadar pula adalah ketentuan setiap satu perkara
    • Oleh itu percaya kepada Qadha’ dan Qadar adalah setiap perkara yang terjadi itu adalah kehendak dan ketentuan Allah
www.bahrulkalam.blogspot.com
www.terbitanmukmin.blogspot.com


www.bahrulkalam.blogspot.com
www.terbitanmukmin.blogspot.com

 
hakcipta terpelihara PAKAR SISTEM | Nikmatilah Gaya Hidup Sempurna - | ,