CARIAN ANDA

Friday 10 June 2011

Jenis-jenis sihir dan pengaruhnya terhadap mangsa


  1. sihir memisahkan suami isteri
  2. Guna-guna atau sihir percintaan
  3. Memperdayakan pandangan mata
  4. Sihir membuat orang gila
  5. Sihir membuat orang tidak bermaya
  6. Sihir mendengar panggilan
  7. Sihir membuat penyakit
  8. Sihir melakukan pendarahan
  9. Sihir menahan pernikahan
SIHIR MEMISAHKAN SUAMI ISTERI

Takrif dan pengertiannya
Sihir yang digunakan untuk memisahkan atau menceraikan suami isteri dengan menimbulkan kebencian dan permusuhan antara dua sahabat atau dua rakan kongsi

Jenis-jenis sihir Memisah :
Sihir ini dikenali dalam bahasa arab sebagai sihir 'tafriq'.

  1. Memutuskan hubungan seseorang dengan ibunya
  2. Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ayahnya
  3. Memutuskan hubungan antara seseorang dengan saudaranya
  4. Memutuskan hubungan antara seseorang dengan kawannya
  5. Memutuskan hubungan antara seseorang dengan rakan kongsinya dalam perniagaan atau yang seumpamanya
  6. Memisahkan antara suami dan isteri. Sihir ini dikenali juga sebagai sihir ribat atau sihir ikatan

Tanda-tanda sihir pemisah

  1. Perubahan secara tiba-tiba dari cinta menjadi benci
  2. Berlaku keraguan antara suami isteri
  3. Enggan meminta maaf
  4. Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebab itu sebenarnya kecil
  5. Pandangan buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya sehingga suami melihat isterinya sangat hodoh walaupun di mata orang lain isterinya itu sangat lawa
  6. Orang yang kena sihir benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh suami atau isterinya

GUNA-GUNA ATAU SIHIR PERCINTAAN

Dikenali dalam bahasa arab sebagai 'sihir mahabbah'.

Tanda-tanda sihir percintaan :

  1. Gelojak cinta yang keterlaluan
  2. Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan seksual
  3. Sukar mengawal cinta
  4. Rindu yang berlebihan
  5. Patuh secara membuta tuli
Cara sihir percintaan berlaku :

Pertengkaran suami dan isteri selalu berlaku, hal ini sudah lumrah kehidupan berumahtangga, dan biasanya cepat mereda dan kembali seperti biasa. Namun ada beberapa wanita yang tidak dapat sabar menghadapi masalah tersebut sehingga mereka segera pergi ke tukang sihir untuk melakukan guna-guna supaya suami tetap mencintainya. Tindakan ini tentu kerana lemahnya agama wanita tersebut atau kerana kejahilannya bahawa tindakan itu haram dan tidak boleh.

Kesan dari sihir percintaan :

  1. Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
  2. Adakalanya kesan dari sihir ini berbalik sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat tidak mengetahui kebanyakan tukang-tukang sihir tentang dasar-dasar sihir
  3. Adakalanya seorang isteri mengerjakan sihir berganda-ganda kepada suaminya dengan tujuan supaya dia membenci setiap wanita dan hanya mencintainya sahaja, sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara-mara perempuan dan semua wanita yang masih ada hubungan kerabat.
Sebab-sebab sihir percintaan :

  1. Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri
  2. Perasaan cemburu wanita memang hebat, mereka selalu cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
Sihir yang dihalalkan :

Saya ingin menyampaikan kepada setiap muslimah bahawa sesungguhnya wanita boleh menyihir suaminya dengan cara yang dihalalkan Allah, iaitu dengan berhias, dan mempercantikkan diri di hadapan suami, menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak sedap, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami , merawat anak-anak dengan kasih sayang, mentaati selagi tidak menyuruh melakukan perkara maksiat kepada Allah.

SIHIR MEMPERDAYAKAN PANDANGAN ( hipnosis)

Sihir ini dikenali dalam bahasa arab sebagai 'sihir takhyil' iaitu sihir khayalan. Tukang sihir mendatangkan sesuatu yang diketahui orang, kemudian mengucapkan jampi-jampi unsur syirik dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana sebenar. Tukang sihir pernah menceritakan bahawa dia meletak telur di hadapan mereka kemudian dia membaca jampi-jampi kepadanya sehingga mereka melihat telur tersebut bergerak dengan cepat.

Tanda-tanda hipnosis :

  1. Orang yang melihat benda diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.
  2. Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
  3. Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa alahissalaam

SIHIR YANG MEMBUAT GILA
sihir ini dikenali dalam bahasa arab sebagai 'sihir junnun atau majnun' yang bermaksud sihir membuatkan gila.

Tanda-tanda sihir gila :
  1. Melatah, bingung atau lupa sesuatu.
  2. Meracau dalam perbicaraan
  3. Mata kuyu ( moyot )
  4. Tidak boleh tenang di suatu tempat
  5. Tidak boleh melanjutkan pekerjaan tertentu
  6. Tidak mengambil berat tentang penampilan ( selekeh )
  7. Sampai ke satu tahap bahawa berjalan tidak tahu ke mana dan adakalanya tidur di tempat sunyi
Cara berlakunya sihir gila :

Jin yang diberi tugas melakukan sihir masuk ke dalam tubuh orang yang disihir dan berpusat di otak kemudian menekan sel-sel yang berkaitan dengan daya fikiran dan daya ingatan


SIHIR MEMBUAT ORANG TIDAK BERMAYA

Tanda-tanda sihir ini :

  1. Suka berseorangan
  2. Diam terus
  3. Tidak suka berbagai-bagai pertemuan
  4. Fikiran meracau
  5. Selalu pening
  6. Selalu lesu dan tidak bermaya
  7. Menutup diri sepenuhnya
Cara berlakunya Sihir ini :

Tukang sihir mengutuskan jin kepada orang yang ingin disihir dan disuruh supaya ditinggalkan di otaknya serta membuat mangsa mengeram dan menutup diri. Kemudian jin melakukan tugasnya sedapat mungkin sehingga muncullah tanda gejala (tidak bermaya) pada orang yang disihir.

SIHIR MENDENGAR PANGGILAN
Sihir ini dikenali dalam bahasa arab sebagai 'sihir hawatif' iaitu sihir mendengar panggilan atau bisikan.

Tanda-tandanya :
  1. Selalu mengalami mimpi ngeri.
  2. Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
  3. Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga, tidak melihat orangnya.
  4. selalu was-was
  5. Selalu meragukan teman dan orang yang mencintainya.
  6. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  7. Mimpi melihat haiwan mengejarnya
Cara-cara berlaku sihir ini :
Tukang sihir mengirim jin yang diberi tugas untuk menyibukkan orang yang disihir pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu akan menampakkan diri dalam tidurnya berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggil ketika jaga dan kadang-kadang dengan suara manusia yang dikenalinya atau dengan suara yang aneh.

SIHIR MEMBUAT PENYAKIT
dikenali dalam bahasa arab sebagai sihir 'maridh' iaitu sihir penyakit.

Tanda-tandanya :
  1. Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
  2. Saraf tersumbat.
  3. Lumpuh salah satu anggota tubuh.
  4. Tidak berfungsi salah satu pancaindera
  5. Lumpuh menyeluruh
Cara berlakunya sihir ini :
Sekiranya orang yang terkena sihir ini maka jin akan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki oleh orang yang memberi tugas iaitu tukang sihir, kemudian dia menetap di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, anggota tubuh berada di antara 3 keadaan :
  • Menegah isyarat-isyarat untuk sampai kepada anggota-anggota tubuh sehingga anggota tubuh tersebut tidak berfungsi lalu pesakit menglami bisu, buta, tuli dan lumpuh.
  • Adakalanya membiarkannya sehingga ada kalanya tubuh berfunngsi dan adakalanya tidak.
  • Menyebabkan otak memberikan isyarat berturut-turut dan cepat tanpa sebab sehingga anggota tubuh menjadi kaku dan tidak bergerak sekalipun tidak sampai lumpuh.

SIHIR PENDARAHAN
Sihir ini dikenali dalam bahasa arab sebagai 'Sihir nazif'
Sesungguhnya sihir ini tidak berlaku melainkan kepada wanita. Seorang tukang sihir menguasakan jin ke atas perempuan yang ingin disihir kemudian jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, dengan cara tersebut dan jin akan berjalan bersama darah. Sabda Rasulullah shallalaahu `alaihi wasallam :

"Syaitan akan berjalan dalam tubuh manusia pada peredaran darah"

Pengertian Pendarahan :

Adapun sihir pendarahan ini adalah apa yang disebut oleh ahli feqah dengan isithadah dan di kalangan doktor biasanya disebut pendarahan. Kemudian pendarahan ini berlangsung sampai beberapa bulan dan mungkin jumlah darahnya sedikit atau banyak.

SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN

Sihir ini dikenali dalam bahasa arab sebagai sihir 'ta`tilu az az zawaj'. Sihir ini banyak terjadi dalam masyarakat kita. Ia berlaku disebabkan sifat hasad dan khianat serta permusuhan yang hebat kepada mana-mana individu. Selalunya terjadi kepada wanita.

Tanda-tandanya :
  1. Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat oleh doktor.
  2. Sesak di dada terutamanya setelah asar hingga ke tengah malam.
  3. Melihat pelamar bermuka hodoh
  4. Banyak berkhayal (fikiran melayang)
  5. Selalu gelisah pada waktu tidur
  6. Selalu rasa sakit perut
  7. Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah
Cara berlakunya sihir ini :

Tukang sihir menugaskan beberapa jenis jin mendekati gadis tersebut hingga dapat masuk kepadanya. Selepas itu jin akan melakukan satu di antara dua :
  • Masuk ke dalam wanita tersebut menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang menngemukakan lamaran kepadanya.
  • Atau jin menipu penglihatan dengan membayangkan bahawa wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.

0 comments:

Post a Comment

 
hakcipta terpelihara PAKAR SISTEM | Nikmatilah Gaya Hidup Sempurna - | ,