CARIAN ANDA

Friday, 10 June 2011

Jenis-jenis sihir dan pengaruhnya terhadap mangsa


  1. sihir memisahkan suami isteri
  2. Guna-guna atau sihir percintaan
  3. Memperdayakan pandangan mata
  4. Sihir membuat orang gila
  5. Sihir membuat orang tidak bermaya
  6. Sihir mendengar panggilan
  7. Sihir membuat penyakit
  8. Sihir melakukan pendarahan
  9. Sihir menahan pernikahan
SIHIR MEMISAHKAN SUAMI ISTERI

Takrif dan pengertiannya
Sihir yang digunakan untuk memisahkan atau menceraikan suami isteri dengan menimbulkan kebencian dan permusuhan antara dua sahabat atau dua rakan kongsi

Jenis-jenis sihir Memisah :
Sihir ini dikenali dalam bahasa arab sebagai sihir 'tafriq'.

  1. Memutuskan hubungan seseorang dengan ibunya
  2. Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ayahnya
  3. Memutuskan hubungan antara seseorang dengan saudaranya
  4. Memutuskan hubungan antara seseorang dengan kawannya
  5. Memutuskan hubungan antara seseorang dengan rakan kongsinya dalam perniagaan atau yang seumpamanya
  6. Memisahkan antara suami dan isteri. Sihir ini dikenali juga sebagai sihir ribat atau sihir ikatan

Tanda-tanda sihir pemisah

  1. Perubahan secara tiba-tiba dari cinta menjadi benci
  2. Berlaku keraguan antara suami isteri
  3. Enggan meminta maaf
  4. Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebab itu sebenarnya kecil
  5. Pandangan buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya sehingga suami melihat isterinya sangat hodoh walaupun di mata orang lain isterinya itu sangat lawa
  6. Orang yang kena sihir benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh suami atau isterinya

GUNA-GUNA ATAU SIHIR PERCINTAAN

Dikenali dalam bahasa arab sebagai 'sihir mahabbah'.

Tanda-tanda sihir percintaan :

  1. Gelojak cinta yang keterlaluan
  2. Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan seksual
  3. Sukar mengawal cinta
  4. Rindu yang berlebihan
  5. Patuh secara membuta tuli
Cara sihir percintaan berlaku :

Pertengkaran suami dan isteri selalu berlaku, hal ini sudah lumrah kehidupan berumahtangga, dan biasanya cepat mereda dan kembali seperti biasa. Namun ada beberapa wanita yang tidak dapat sabar menghadapi masalah tersebut sehingga mereka segera pergi ke tukang sihir untuk melakukan guna-guna supaya suami tetap mencintainya. Tindakan ini tentu kerana lemahnya agama wanita tersebut atau kerana kejahilannya bahawa tindakan itu haram dan tidak boleh.

Kesan dari sihir percintaan :

  1. Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
  2. Adakalanya kesan dari sihir ini berbalik sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat tidak mengetahui kebanyakan tukang-tukang sihir tentang dasar-dasar sihir
  3. Adakalanya seorang isteri mengerjakan sihir berganda-ganda kepada suaminya dengan tujuan supaya dia membenci setiap wanita dan hanya mencintainya sahaja, sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara-mara perempuan dan semua wanita yang masih ada hubungan kerabat.
Sebab-sebab sihir percintaan :

  1. Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri
  2. Perasaan cemburu wanita memang hebat, mereka selalu cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
Sihir yang dihalalkan :

Saya ingin menyampaikan kepada setiap muslimah bahawa sesungguhnya wanita boleh menyihir suaminya dengan cara yang dihalalkan Allah, iaitu dengan berhias, dan mempercantikkan diri di hadapan suami, menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak sedap, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami , merawat anak-anak dengan kasih sayang, mentaati selagi tidak menyuruh melakukan perkara maksiat kepada Allah.

SIHIR MEMPERDAYAKAN PANDANGAN ( hipnosis)

Sihir ini dikenali dalam bahasa arab sebagai 'sihir takhyil' iaitu sihir khayalan. Tukang sihir mendatangkan sesuatu yang diketahui orang, kemudian mengucapkan jampi-jampi unsur syirik dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana sebenar. Tukang sihir pernah menceritakan bahawa dia meletak telur di hadapan mereka kemudian dia membaca jampi-jampi kepadanya sehingga mereka melihat telur tersebut bergerak dengan cepat.

Tanda-tanda hipnosis :

  1. Orang yang melihat benda diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.
  2. Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
  3. Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa alahissalaam

SIHIR YANG MEMBUAT GILA
sihir ini dikenali dalam bahasa arab sebagai 'sihir junnun atau majnun' yang bermaksud sihir membuatkan gila.

Tanda-tanda sihir gila :
  1. Melatah, bingung atau lupa sesuatu.
  2. Meracau dalam perbicaraan
  3. Mata kuyu ( moyot )
  4. Tidak boleh tenang di suatu tempat
  5. Tidak boleh melanjutkan pekerjaan tertentu
  6. Tidak mengambil berat tentang penampilan ( selekeh )
  7. Sampai ke satu tahap bahawa berjalan tidak tahu ke mana dan adakalanya tidur di tempat sunyi
Cara berlakunya sihir gila :

Jin yang diberi tugas melakukan sihir masuk ke dalam tubuh orang yang disihir dan berpusat di otak kemudian menekan sel-sel yang berkaitan dengan daya fikiran dan daya ingatan


SIHIR MEMBUAT ORANG TIDAK BERMAYA

Tanda-tanda sihir ini :

  1. Suka berseorangan
  2. Diam terus
  3. Tidak suka berbagai-bagai pertemuan
  4. Fikiran meracau
  5. Selalu pening
  6. Selalu lesu dan tidak bermaya
  7. Menutup diri sepenuhnya
Cara berlakunya Sihir ini :

Tukang sihir mengutuskan jin kepada orang yang ingin disihir dan disuruh supaya ditinggalkan di otaknya serta membuat mangsa mengeram dan menutup diri. Kemudian jin melakukan tugasnya sedapat mungkin sehingga muncullah tanda gejala (tidak bermaya) pada orang yang disihir.

SIHIR MENDENGAR PANGGILAN
Sihir ini dikenali dalam bahasa arab sebagai 'sihir hawatif' iaitu sihir mendengar panggilan atau bisikan.

Tanda-tandanya :
  1. Selalu mengalami mimpi ngeri.
  2. Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
  3. Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga, tidak melihat orangnya.
  4. selalu was-was
  5. Selalu meragukan teman dan orang yang mencintainya.
  6. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  7. Mimpi melihat haiwan mengejarnya
Cara-cara berlaku sihir ini :
Tukang sihir mengirim jin yang diberi tugas untuk menyibukkan orang yang disihir pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu akan menampakkan diri dalam tidurnya berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggil ketika jaga dan kadang-kadang dengan suara manusia yang dikenalinya atau dengan suara yang aneh.

SIHIR MEMBUAT PENYAKIT
dikenali dalam bahasa arab sebagai sihir 'maridh' iaitu sihir penyakit.

Tanda-tandanya :
  1. Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
  2. Saraf tersumbat.
  3. Lumpuh salah satu anggota tubuh.
  4. Tidak berfungsi salah satu pancaindera
  5. Lumpuh menyeluruh
Cara berlakunya sihir ini :
Sekiranya orang yang terkena sihir ini maka jin akan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki oleh orang yang memberi tugas iaitu tukang sihir, kemudian dia menetap di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, anggota tubuh berada di antara 3 keadaan :
  • Menegah isyarat-isyarat untuk sampai kepada anggota-anggota tubuh sehingga anggota tubuh tersebut tidak berfungsi lalu pesakit menglami bisu, buta, tuli dan lumpuh.
  • Adakalanya membiarkannya sehingga ada kalanya tubuh berfunngsi dan adakalanya tidak.
  • Menyebabkan otak memberikan isyarat berturut-turut dan cepat tanpa sebab sehingga anggota tubuh menjadi kaku dan tidak bergerak sekalipun tidak sampai lumpuh.

SIHIR PENDARAHAN
Sihir ini dikenali dalam bahasa arab sebagai 'Sihir nazif'
Sesungguhnya sihir ini tidak berlaku melainkan kepada wanita. Seorang tukang sihir menguasakan jin ke atas perempuan yang ingin disihir kemudian jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, dengan cara tersebut dan jin akan berjalan bersama darah. Sabda Rasulullah shallalaahu `alaihi wasallam :

"Syaitan akan berjalan dalam tubuh manusia pada peredaran darah"

Pengertian Pendarahan :

Adapun sihir pendarahan ini adalah apa yang disebut oleh ahli feqah dengan isithadah dan di kalangan doktor biasanya disebut pendarahan. Kemudian pendarahan ini berlangsung sampai beberapa bulan dan mungkin jumlah darahnya sedikit atau banyak.

SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN

Sihir ini dikenali dalam bahasa arab sebagai sihir 'ta`tilu az az zawaj'. Sihir ini banyak terjadi dalam masyarakat kita. Ia berlaku disebabkan sifat hasad dan khianat serta permusuhan yang hebat kepada mana-mana individu. Selalunya terjadi kepada wanita.

Tanda-tandanya :
  1. Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat oleh doktor.
  2. Sesak di dada terutamanya setelah asar hingga ke tengah malam.
  3. Melihat pelamar bermuka hodoh
  4. Banyak berkhayal (fikiran melayang)
  5. Selalu gelisah pada waktu tidur
  6. Selalu rasa sakit perut
  7. Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah
Cara berlakunya sihir ini :

Tukang sihir menugaskan beberapa jenis jin mendekati gadis tersebut hingga dapat masuk kepadanya. Selepas itu jin akan melakukan satu di antara dua :
  • Masuk ke dalam wanita tersebut menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang menngemukakan lamaran kepadanya.
  • Atau jin menipu penglihatan dengan membayangkan bahawa wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.

Monday, 6 June 2011

DOA MAULID




DOA MAULID
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، جَعَلَنَا اللهُ وَإِيَّاكُمْ مِمَّنْ يَسْتَوْجِبُ
شَفَاعَتَهُ، وَيَرْجُوْ مِنَ اللهِ رَحْمَتَهُ وَرَأْفَتَهُ، اللَّهُمَّ بِحُرْمَةِ هَذَا النَّبِيِّ الْكَرِيْمِ، وَآلِهِ، وَأَصْحَابِهِ السَّالِكِيْنَ، عَلَى مَنْهَجِهِ الْقَوِيْمِ، إِجْعَلْنَا مِنْ خِيَارِ أُمَّتِهِ، وَاسْتُرْنَا بِذَيْلِ حُرْمَتِهِ، وَاحْشُرْنَا غَدًا فِيْ زُمْرَتِهِ، وَاسْتَعْمِلْ أَلْسِنَتَنَا فِيْ مَدْحِهِ وَنُصْرَتِهِ، وَأَحْيِنَا مُتَمَسِّكِيْنَ بِسُنَّتِهِ وَطَاعَتِهِ، وَأَمِتْنَا اللَّهُمَّ عَلَى حُبِّهِ وَجَمَاعَتِهِ، اَللَّهُمَّ أَدْخِلْنَا مَعَهُ الْجَنَّةَ فَإِنَّهُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُهَا، وَأَنْزِلْنَا مَعَهُ فِيْ قُصُوْرِهَا، فَإِنَّهُ أَوَّلُ مَنْ يَنْزِلُهَا، وَارْحَمْنَا يَوْمَ يَشْفَعُ لِلْخَلآئِقِ فَتَرْحَمُهَا، اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا زِيَارَتَهُ فِيْ كُلِّ سَنَةٍ، وَلا تَجْعَلْنَا مِنَ الْغَافِلِيْنَ عَنْكَ وَلا عَنْهُ قَدْرَ سِنَةٍ، وَلا تَجْعَلْ فِي مَجْلِسِنَا هَذَا أَحَدً إِلا غَسَلْتَ بِمَآءِ التَّوْبَةِ ذُنُوْبَهُ، وَسَتَرْتَ بِرِدَآءِ الْمَغْفِرَةِ عُيُوْبَهُ، اللَّهُمَّ إِنَّهُ كَانَ مَعَنَا فِي السَّنَةِ الْمَاضِيَةِ إِخْوَانٌ.
رَحِمَهُمُ اللهُ
مَنَعَهُمُ الْقَضَآءُ عَنِ الْوُصُوْلِ إِلَى مِثْلِهَا، فَلا تَحْرِمْهُمْ ثَوَابَ هَذِهِ السَّاعَةِ وَفَضْلَهَا، اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا إِذَا صِرْنَا مِنْ أَصْحَابِ الْقُبُوْرِ، وَوَفِّقْنَا لِعَمَلٍ
صَالِحٍ يَبْقَى سَنَاهُ عَلَى مَمَرِّ الدُّهُوْرِ، اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا لأَلآئِكَ ذَاكِرِيْنَ، وَلِنَعْمَآئِكَ شَاكِرِيْنَ، وَلِيَوْمِ لِقَلآئِكَ مِنَ الذَّاكِرِيْنَ، وَأَحْيِنَا بِطَاعَتِكَ مَشْغُوْلِيْنَ، وَإِذَا تَوَفَّيْتَنَا فَتَوَفَّنَا غَيْرَ مَفْتُوْنِيْنَ، وَلا مَخْذُوْلِيْنَ، وَاخْتِمْ لَنَا مِنْكَ بِخَيْرٍ أَجْمَعِيْنَ.
اللَّهُمَّ اكْفِنَا شَرَّ الظَّالِمِيْنَ (3 KALI)
وَاجْعَلْنَا مِنْ فِتْنَةِ هَذِهِ الدُّنْيَا سَالِمِيْنَ، اللَّهُمَّ اجْعَلْ هَذَا الرَّسُوْلَ الْكَرِيْمَ لَنَا شَفِيْعًا، وَارْزُقْنَا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَقَامًا رَفِيْعًا، اللَّهُمَّ اسْقِنَا مِنْ حَوْضِ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرْبَةً هَنِيْئَةً لانَظْمَأُ بَعْدَهَا أَبَدًا، وَاحْشُرْنَا تَحْتَ لِوَائِهِ غَدًا، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا بِهِ وَلأَبَآئِنَا وَلأُمَّهَاتِنَا، وَلِمَشَايِخِنَا وَلِمُعَلِّمِيْنَا وَذَوِي الْحُقُوْقِ عَلَيْنَا، وَلِمَنْ أَجْرَى هَذَا الْخَيْرَ فِي هَذِهِ السَّاعَةِ، وَلِجَمِيْعِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَآءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، إِنَّكَ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ، وَقَاضِي الْحَاجَاتِ، وَغَافِرُ الذُّنُوْبِ وْالْخَطِيْئَاتِ، يَآ أَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ، وَسَلامٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ.
Maksudnya:
"Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam, Ya Allah! Limpahkan rahmat dan kesejahteraan serta keberkatan ke atas penghulu kami, Muhammad sallallahu`alaihi wasallam, dan ke atas keluarga serta sahabatnya sekalian. Mudah-mudahan, Allah menjadikan kami dan kamu sekalian daripada golongan yang mendapat syafa`atnya dan mengharapkan daripada Allah rahmat dan belas kasihan-Nya.
"Ya Allah! Dengan kehormatan Nabi yang mulia ini, keluarga dan sahabatnya yang berjalan di atas petunjuknya yang lurus, jadikanlah kami sekalian sebaik-baik umatnya, tutuplah keaiban kami,himpunkanlah kami pada esok hari (Padang Masyar) di dalam kumpulannya dan pergunakanlah lidah-lidah kami untuk memuji dan membelanya. Hidupkanlah kami dalam keadaan berpegang teguh dengan sunnahnya, selalu mentaatinya. Matikanlah kami, ya Allah~ dalam keadaan mencintainya dan termasuk di dalam golongannya.
Ya Allah! Masukkanlah kami ke dalam syurga bersamanya kerana bagindalah orang yang pertama sekali masuk ke dalamnya. Dan turunkanlah kami ke dalam mahligainya bersamanya, kerana bagindalah orang yang pertama turun ke dalamnya. Berilah kami rahmat ketika dia memohon syafa`at untuk makhluk-makhluk, lalu Engkau merahmati mereka.
Ya Allah! Berilah kami peluang menziarahinya pada setiap tahun. Janganlah Engkau jadikan kami dari golongan orang yang lalai daripada mengingati-Mu dan juga lalai mengingatinya, walau sekejap.
Ya Allah! Janganlah hendaknya ada di majlis kami ini orang yang berdosa, melainkan Engkay sucikan segala dosanya dengan air taubat dan Engkau tutpi keaibannya dengan selendang keampunan.
Ya Allah! Sesungguhnya ada di antara rakan-rakan yang bersama kami pada tahun yang lalu, tidak dapat menghadirkan diri pada tahun ini kerana dihalang oleh qadha’-Mu.
SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS MEREKA
Maka janganlah Engkau sia-siakan mereka daripada mendapat pahala dan kelebihan yang Engkau kurniakan pada saat ini.
Ya Allah! Rahmatilah kami menjadi ahli kubur dan berilah kami taufiq untuk beramal soleh sepanjang zaman.
Ya Allah! Jadikanlah kami orang yang sentiasa mengingati anugerah-Mu, sentiasa mensyukuri nikmat-Mu dan sentiasa terkenang saat pertemuan dengan-MU. Hidupkanlah kami dalam keadaan sibuk melakukan ketaatan kepada-MU.
Sekiranya Engkau matikan kami, maka matikanlah kami dalam keadaan tidak terfitnah dan tercela dan sudahilah kami sekalian dengan kesudahan yang baik.
YA ALLAH! HINDARILAH KAMI DARI SEGALA MACAM KEJAHATAN ORANG-ORANG YANG ZALIM (3 KALI)
Selamatkanlah kami dari segala macam fitnah di dunia ini.
Ya Allah! Jadikanlah Rasul yang mulia ini sebagai Pemberi Syafaat kepada kami dan kurniakanlah kami dengan sebabnya, kedudukan yang tinggi di hari kiamat kelak.
Ya Allah! Berilah kami minuman dari telaga Nabimu. Muhammad sallallahu`alaihi wasallam minuman yang lazat yang dengannya kami tidak akan merasa dahaga selama-lamanya dan himpunkanlah kami di bawah panji-panjinya pada hari kiamat (Padang Masyar)
Ya Allah! Ampunilah kami, dengan kemuliaannya di sisi-Mu, bapa-bapa kami, ibu-ibu kami,guru-guru kami, orang-orang yang empunya hak ke atas kami dan orang-orang yang mengadakan majlis yang baik pada saat ini serta sekalian mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat, sama ada yang masih hidup, mahupun yang telah meninggal dunia. Sesungguhnya Engkau memperkenankan segala doa, menunaikan segala hajat dan mengampuni segala dosa dan kesalahan, Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihani.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami, Muhammad sallallahu`alaihi wasallam, keluarga dan sahabat-sahabatnya. Maha suci Tuhan kami, Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Suci dari segala macam sifat kekurangan. Ucapan salam ke atas sekalian Rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
YA ALLAH! LIMPAHKANLAH RAHMAT, KESEJAHTERAAN DAN KEBERKATAN KE ATAS JUNJUNGAN KAMI, NABI MUHAMMAD SALLALLAHU`ALAIHI WASALLAM DAN KELUARGANYA.
RUJUKAN:
Al-Imam al-Hafiz `Abd al-Rahman (2010), Ringkasan Sirah Nabawiyyah, Selangor: Sofa Production, cet. 3, h. 82.

 
hakcipta terpelihara PAKAR SISTEM | Nikmatilah Gaya Hidup Sempurna - | ,