CARIAN ANDA

Monday, 15 November 2010

Alamat

Masjid Al-Irsyad USJ 1,
Persiaran Subang Mewah,
47610 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
0122407550

Thursday, 11 November 2010

Biro-biro Masjid

Pengenalan

Latar Belakang


Masjid ini merupakan masjid pertama di USJ 1. Ia dibina untuk menampung jemaah yang pesat bertambah berikutan dari surau yang sedia ada tidak dapat menampung kapasiti penduduk.

Binaan


Binaan masjid ini bercirikan moden klasik, 1 kubah besar bewarna coklat, terdapat menara di belakang masjid, bumbung tiada ukiran dan terdapat beberapa hiasan ayat Al-Quran di dinding masjid.

Kemudahan


Masjid ini mempunyai ruang yang luas, bilik mandi, bilik tetamu dan juga ruang pejabat.

Pentadbiran Masjid

Sunday, 17 October 2010

Riddah, kekufuran yang dibenci



Riddah ialah terputusnya keislaman dengan sebab kekufuran seseorang itu kepada Allah Ta`ala. Umat Islam wajib menjaga akidahnya dari perkara-perkara yang membatalkan akidahnya secara tidak langsung. Diwajibkan keatas setiap orang Islam menjaga aqidahnya di dalam Islam dan melindungi dirinya dari apa-apa yang memusnahkan(merosakkan), membatalkan, dan memutuskan aqidahnya, ini dinamakan sebagai keluar dari Islam (Riddah); kita memohon perlindungan Allah ta`ala darinya.
Makna dari apa yang telah Imam an-Nawawiyy dan Imam-imam yang lain perkatakan adalah: " Riddah adalah jenis kekufuran yang paling dibenci". Sesungguhnya telah menjadi satu kebiasaan pada zaman ini dimana seseorang itu dengan secara lalainya menuturkan perkataan-perkataan yang mana membawa mereka keluar dari Islam; mereka tidak menyangka dengan menuturkan perkataan-perkataan itu boleh menjadikan mereka kafir.
seseorang itu akan menjadi kafir jika ia menuturkan perkataan kufurnya wataupun dalam keadaan tenang ataupun marah samada dia :

o mengetahui atau tidak tentang hukumnya ataupun
o percaya atau tidak percaya apa yang dituturkannya ataupun
o suka atau tidak suka apa yang dituturkannya itu.


3 Kategori Riddah:
(sebagaimana yarrg dikategorikan oleh selainnya)

1) Percaya didalam hati
2)Perbuatan oleh anggota badan
3)Perkataan dituturkan dengan lidah


Setiap kategori tersebut mempunyai banyak cabangnya


1) PERCAYA DI DALAM HATI
Contoh-contohnya adalah:


a) ragu-ragu pada Allah atau Rasul-Nya atau Al-Quran atau Hari Akhirat atau Syurga atau Neraka atau ganjaranNya atau balasanNya atau perkara yang berkaitan/bersamaan yang mana telah ada ijma^ mengenainya.
b) percaya dunia ini kekal pada jisim dan unsurnya atau cuma jisimnya sahaja.
c) menafikan salah satu sifat dari sifat-sifat Allah yang diketahui telah ada ijma seperti Maha Mengetahui segalanya.
d) menyifati Allah dari apa yang diketahui oleh ulama tidak menepati-Nya seperti mempunyai jasad.
e) menghalalkan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai haram seperti zina,liwat, membunuh, mencuri, merompak atau menyamun.
f) mengharamkan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai halal seperti berjual beli atau nikah.
g) menafikan kewajipan pada perkara yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai wajib hukumnya seperti solat 5 waktu atau salah satu daripada sujud, zakat, puasa, haji atau wudu'.
h) mewajibkan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai tidak wajib hukumnya.
i) menafikan kesahihan apa yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai sah hukumnya.
j) bercadang menjadi kafir dimasa akan datang.
k) bercadang melakukan apa-apa yang telah dinyatakan diatas.
l) teragak-agak atau ragu-ragu samada ingin menjadi kafir atau tidak ( ini tidak termastuk khuatir atau fikiran yang yang datang dengan sendiri tanpa disengajakan.
m) menolak sahabat Saidina Abu B akar (semoga Allah meredhainya).
n) menolak salah satu daripada ajaran yang diketahui di kalangan umat Islam yang disampaikan oleh rasul atau nabi.
o) menafikan kerana berdegil satu huruf didalam Al-Qur'an yang diketahui dikalangan umat Islam sebagai sebahagian darinya.
p) menambahkan kerana berdegil satu huruf pada Al-Qur'an yang diketahui dikalangan umat Islam tiada didalamnya.
q) mendustakan rasul atau mencela sifat-sifatnya.
r) mempersendakan nama rasul dengan niat untuk menghina atau merendahkan tarafnya.
s) percaya kepada kemungkinan akan adanya nabi lagi selepas Nabi Muhammad


2) PERBUATAN OLEH ANGGOTA BADAN


Contoh-contohnya adalah:
a) sujud pada berhala atau matahari atau
b) makhluk lain dengan bertujuan untuk menyembahnya


3) PERKATAAN YANG DITUTURKAN OLEH LIDAH


Adalah terlalu banyak tidak terhitung darinya.
Contoh-contoh: :
a) berkata kepada seorang iSlam yang lain: 'O kafir!' atau 'O Yahudi!', 'O Kristian!' atau "O orang yang tanpa agama' dengan makna agama orang yang dikatakan adalah agama yang bersifat kufur atau agamanya adalah
Yahudi, Kristian ataupun tanpa pegangan agama tetapi bukan bertujuan untuk menyamakan perbuatan beliau itu dengan perbuatan orang kafir.
b) mempermain-mainkan salah satu daripada nama Allah, janjiNYA , ancamanNya oleh orang yang sedar ini adalah antara sifat Allah ta'ala.
c) berkata, 'jika Allah perintahkan ini padaku maka aku tidak akan lakukannya' dengan tujuan untuk memperkecilkan atau kerana kedegilan dengan itu menunjukkan Allah tidak berhak ditaati walaupun dia percaya bahawa Allah berhak ditaati.
d) berkata, Jika arah Qiblah berubah aku tidak mahu bersolat menghadapnya' dengan tujuan untuk meremeh-remehkan atau kerana kedegilan-dengan itu menunjukkan menghadap Qiblah ketika bersolat adalah bukan kewajipan walaupun dia percaya solat perlu menghadap Qiblah.
e) berkata, 'jika Allah mengurniakan aku Syurga maka aku tidak akan memasukinya' dengan tujuan untuk memperkecil-kecilkan atau kerana kedegilan, dengan kata lain menolak ganjaran atau kurniaan Allah walaupun dia mengetahui ganjaran atau kurnia dari Allah adalah sebahagian dari agama.
f) berkata" ada perkara yang berlaku bukan dengan kehendak Allah.'
g) berkata, 'jika para Nabi, para malaikat atau semua orang Islam mengaku atau bersaksi mengenai sesuatu dihadapanku, aku tidak akan menerimanya.
h) berkata, 'aku tidak akan melakukan sesuatu perkara itu walaupun ianya adalah sunnah' dengan maksud mencemuh atau mengejek.
i)berkata, 'jika si polan itu adalah nabi maka aku tidak akan mempercayainya.'
k) berkata, 'undang-undang apa ni?' apabila seorang ulama memberi hukum Islam dengan tujuan untuk memperkecil-kecilkan undang-undang Islam.
l)berkata,' semoga Allah melaknati setiap ulama/orang yang berpengetahuan agama.' (memperkecilkan status ilmu)
m) berkata, 'aku tidak menerima Allah, para malaikat, nabi, AI-Qur'an, undang-undang Islam atau agama Islam.
n) berkata' 'aku tidak tahu undang-undang Islam'dengan tujuan untuk mempermain-mainkan hukum Allah.
o) membac a ayat 34, surah an-Naba' selepas menuangkan air ke dalam cawan sehingga penuh.ayat ini merujuk kepada cawan yang penuh berisi minuman di syurga
p) membaca ayat20, surah an-Naba,selepas cawannya kosong
ayat ini merujuk kepada gunung-gunung yang akan musnah lalu hilang dari pandangan pada hari Qiamat seolah olah ada logamaya (mirage)
q) Membaca ayat 30, surah ar-Mutaffifin ketika membuat timbangan dan sukatan ayat ini memjuk kepada orang yang menipu semasa menimbang dan menyukat.
r) membaca ayat 47, surah al-Kahf apabila melihat orang ramai / berkumpul
ayat ini merujuk kepada Hari pembalasan/ Akhirat apabila manusia dikumpulkan tanpa seorang pun yang tertinggal atau terkecuali dengan tujuan untuk memperkecil-kecilkan (istikhfaf) makna ayat ini dan sama juga keadaannya bila-bila sahaja ayat Al-Quran digunakan untuk tujuan seperti ini. Jika seseorang menggunakan ayat seperti di atas tetapi dengan maksud/ atau tujuan lain, maka tidaklah ia kafir. Walaubagaimanapun, Sheikh Ahmad Ibn Hajar berkata, "Perbuatan ini tidak jauh dari melakukan yang haram"
s)menyumpah pada mana-mana nabi atau malaikat
t) berkata, 'aku akan jadi macam 'bapa ayam, kalau aku menunaikan solat,
u) berkata, 'aku tidak dapat apa-apa faedah pun semenjak aku mengerjakan solat'
v) berkata, 'solat tidak memberi apa-apa faedah padaku, dengan tujuan untuk mengejek.
w) berkata kepada seorang Islam yang lain, 'aku adalah musuh engkau dan musuh Nabi engkau'.
x) berkata kepada-keturunan Nabi (Shariff),'aku adalah musuh engkau dan musuh datuk engkau' yakni Nabi Muhammad
y) berkata, 'jlka Allah mengazabku kerana aku meninggalkan solat apabila aku sakit, maka Allah menzalimiku.'
z) berkata apa-apa yang maksudnya seperti yang disebutkan diatas, dengan maksud membenci atau dengan menggUnakan perkataan yang tidak elok/ buruk

Ramai para Fuqaha seperti Hanafiyy, Badr-ar-Rashid, yang hidup pada hampir tahun 8OO Hijrah (kurun ke-8 Hijrah) dan Qadi ^iyad( semoga Allah merahmatinya), mereka telah menyenaraikan banyak perkataan kufur yang perlu diketahui, kerana barangsiapa yang tidak mengetahui, kejahatan (syaitan) lebih mudah mempengaruhi mereka.

Panduannya ialah:
Setiap kepercayaan, perbuatan atau perkataan yang memperkecil-kecilkan (istikhfaf) darjat Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Malaikat-Nya, Syiar-Nya, amalan-amalan yang sedia maklum berkenaan agama-Nya, Hukum-Nya, janji-Nya atau ancaman-Nya, MAKA IA ADALAH KUFUR.


Maka setiap manusia mesti berhati-hati dan sentiasa berusaha dengan sedaya upaya untuk mengelakkan diri dari kekufuran.

Tuesday, 17 August 2010

PROGRAM AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH DI BULAN RAMADHAN


TAZKIRAH DAN PENGAJIAN DI BULAN RAMADHAN
SEKITAR HULU KELANG SELANGOR DAN KAWASAN-KAWASAN YANG BERKAITAN DENGANNYA


Assalamualaiku Sahabat-sahabat seperjuangan semua
Kami golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah mengadakan program ilmiah di bulan Ramadhan. Antaranya ialah sebahagian tazkirah Ramadhan yang akan diadakan sekitar Hulu Kelang Selangor dan Kuala Lumpur, akan disampaikan oleh:
Al Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahin Haji Muhammad Alawi 
0199181278 
(Penceramah Bertauliah dari pihak JAIS)
Jadual adalah seperti berikut:
1- 18/8/2010, hari Rabu, tazkirah selepas solat zohor di Masjid Ar Ridhuan Hulu Kelang, Kl, Selangor.
2- 19/8/2010, hari khamis lepas Taraweh, di UIA gombak, di Fooyer Moot Court, Kuliah Ibrahim of Law, UIA
2- 20/8/2010, hari Jumaat, tazkirah pada Taraweh, Masjid Klang Gate. Hulu Kelang.
4- 21/8/2010 Sabtu, Tazkirah Taraweh, Masjid Jamik Taman Putra Perdana, Puchong
5- 22/8/2010 Ahad, kuliah Subuh, pengajian kitab mukhtasar Abdillah al Harari  di Surau al Mustaqim, AU 5, Lembah Keramat, Hulu Kelang.
6- 22/8/2010, Ahad mlm, Tazkirah Taraweh Surau AL Amin, Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur
7- 24/8/2010 Selasa, Surau Al Wardah. AU3, Keramat
8- 26/8/2010, hari khamis, Tazkirah taraweh (nuzul al Quran) kolej 9, Universiti Malaya (UM) KL.
9- 27/8/2010 Jumaat, Tazkirah Taraweh, Masji As Sobirin, Taman Permata AU5 Hulu Kelang.
10-29/8 Ahad, Tazkirah Taraweh, Masjid al Khoiriah AU3, Hulu Kelang
11- 3/9/2010, Jumaat, Tazkirah Taraweh, Surau Sri al Baiduri, Uk Perdana Hulu Kelang Selangor.

Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis ilmu agama dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Thursday, 8 July 2010

20 Sifat-Sifat Allah

Saturday, 15 May 2010

SIRI ILMU TASAUF : Pendahuluan



PENDAHULUAN

Makna Ilmu Tasauf
Ilmu tasauf itu adalah ilmu untuk mengetahui perlakuan hati sma ada perlakuan terpuji seperti merendah diri dan sabar mahupun perlakuan yang tercela seperti hasad dengki dan besar diri

Faedahnya
Mengosongkan hati daripada perkara selain daripada Allah SWT dan dihiasinya dengan pandangan melihat kepada Tuhan Sekalian Alam

Tempat Hantarannya
Tempat hantarannya itu ialah hati manusia yang berupa pihak perlakuan yang datang kepadanya.

Hukumnya
Hukumnya adalah fardhu Ain ke atas setiap orang yang berakal dan sudah cukup umur.

Tempat Pengambilannya
Tempat Pengambilan ilmu ini daripada Al-Quran yang mulia dan Hadis Nabi SAW


NAMA ILMU INI IALAH "ILMU TASAUF"

Maksud Ilmu Tasauf
Ketahuilah bahawa Ilmu Tasauf bermaksud menyuci bersihkan kesemua anggota yang zahir daripada segala perbuatan yang keji agar hati menjadi suci bersih daripada segala sifat yang tercela. Apa yang dimaksudkan dengan kesemua anggota yang zahir itu ialah tujuh anggota jasad :

Pertama : Mata

Kedua : Telinga

Ketiga : Lidah

Keempat : Perut

Kelima : Kemaluan (Faraj)

Keenam : Kedua-dua Tangan

Ketujuh : Kedua-dua Kaki

Ingatilah selalu di dalam hatimu bahawa Allah SWT telah memberikan nikmat yang begitu banyak padamu yang berupa nikmat yang besar-besar iaitu keseluruhan anggotamu yang wajib anda pelihara dan mensyukurinya. Jika anda enggan dan tidak menjaganya, pasti kesemua anggota anda tersebut akan menjadi saksi ke atasmu pada hari Qiamat nanti.
bersambung...

Monday, 3 May 2010

SIRI ILMU FEKAH : Bab Solat

Sunday, 2 May 2010

SIRI ILMU AKIDAH : Pengertian Ahlussunnah Wal Jama’ah



1. AHL bererti keluarga, golongan atau pengikut.
2. AL-SUNNAH iaitu segala sesuatu yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Maksudnya, semua yang datang dari Nabi s.a.w.
Berupa perbuatan, ucapan dan pengakuan Nabi s.a.w.
(Didalm kitah Fath al-Bari syarah Shahih Bukhari, juz XII, m.s.245).
3. AL-JAMA’AH iaitu apa yang telah disepakati oleh para sahabat
Rasulullah s.a.w. pada masa Khulafa ar-Rasyidin (Khalifah Abu Bakar r.a., Umar bin al-Khattab r.a., Utsman bin Affan r.a., dan Ali bin Ali Thalib r.a.). Kata al-jama’ah ini diambil dari sabda Rasulullah s.a.w. :
“Barangsiapa yang ingin mendapatkan kehidupan yang damai di syurga, maka hendaklah ia mengikuti al-jama’ah (kelompok yang menjaga kebersamaan)”.
(H.R al-Tirmidzi (2091), dan al-Hakim (1/77-78) yang menilainya shahih dan disetujui oleh al-Hafizh al-Dzahabi).
4. Syeikh Abdul Qadir al-Jailani (471-561 H/1077-1166 M) menjelaskan:
Al-Sunnah adalah apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. (meliputi ucapan, perilaku, serta ketetapan beliau). Sedangkan al-Jama’ah adalah segala sesuatu yang telah menjadi kesepakatan para sahabat Nabi s.a.w. pada masa Khulafa ar-Rasyidin yang empat, yang telah diberi hidayah (mudah-mudahan Allah member Rahmat kepada mereka semua)”.
(Di dalam Al-Ghunyah li Thalibi Thariq al-Haqq, juz I, m.s. 80)
5. Lebih jelas lagi, Hadhratus Syeikh KH. Hasyim Asy’ari (1287-1336 H/1871-1947 M) menyebutkan di dalam kitabnya “Ziyadat Ta’liqat”
m.s. 23-24.
“Adapun Ahlussunnah Wal-Jama’ah adalah kelompok ahli tafsir, ahli hadith dan ahli fiqih. Merekalah yang mengikuti dan berpegang teguh dengan sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin sesudahnya. Mereka adalah kelompok yang selamat (al-firqah al-najiyah). Mereka mengatakan, bahawa kelompok tersebut sekarang ini terhimpun dalam mazhab yang empat, iaitu mazhab Hanafi. Maliki, Syafi’i dan Hanbali”.
Pada hakikatnya ajaran Nabi s.a.w. dan para sahabatnya tentang akidah itu sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Akan tetapi masih berselerakan dan tidak tersusun secara sisitematik. Baru pada masa setelahnya, ada usaha dari ulama’ Usuluddin yang besar iaitu Imam Abu Hassan Asy’ari yang lahir di Basrah tahun 260 H dan wafat pada tahun 324 H, juga Imam Abu Mansur al-Maturidi yang lahir di Samarkand, Uzbekistan dan wafat pada tahun 333 H. Maka Abu Hassan Asy’ari telah merumuskan Ilmu Tauhid ini secara sistenatik agar mudah difahami. Kedua ulama’ tersebut telah menulis kitab-kitab yang cukup banyak. Imam Abu Hassan Asy’ari menulis kitab “Tabyiin Kazbul Muftari”, “an-Nawadir”, “Maqalat al-Islamiyyin” dan lain-lain. Manakala Imam Mansur al-Maturidi menulis kitab “al-Tauhid”, Ta’wilat Ahl al-Sunnah dan lain-lain. Kerana jasa yang besar kedua ulama’ tersebut, sehingga penyebutan Ahlussunnah Wal Jama’ah selalu dikaitkan dengan kedua ulama’ tersebut.
Berkata Sayyid Murtadha al-Zabidi di dalm kitabnya “Ithah al-Sadah al-Muttaqin”, juz 2, m.s. 6.
“Jika disebut Ahlus Sunnah wal-Jama’ah maka yang dimaksudkan adalah para pengikut Imam Abu Hassan Ays’ari dan Imam al-Maturidi”
Dari penjelasan di atas, dapat di fahami bahawa Ahlussunnah wal Jama’ah bukanlah aliran baru yang muncul tetapi di hidupkan kembali oleh Imam Abu Hassan Asy’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. Imam Abu Hassan Asy’ari menghidupkan kembali Akidah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. dahulu. Selepas kewafatan Nabi s.a.w., lahir aliran-aliran menyimpang dari agama islam sebagaimana yang disebut didalam beberapa hadis Nabi s.a.w. yang shahih, antaranya:
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ertinya : “Bahwasanya Bani Israil telah berfirqah-firqah sebanyak 73 millah (firqah) dan akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, semuanya masuk neraka kecuali satu”. Sahabat-sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya “Siapakah yang satu itu Ya Rasulullah?” Nabi menjawab : “Yang satu itu ialah orang yang berpegang (beri’tiqad) sebagai peganganku (I’tiqadku) dan pegangan sahabat-sahabatku”.
(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi, lihat Shahih Tirmidzi juz X, m.s. 109)
Dalam hadist yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ertinya : “Demi Tuhan yang berkuasa ke atas Muhammad, akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, yang satu masuk syurga dan yang lain masuk neraka”. Bertanya para sahabat : “Siapakah firqah (yang tidak masuk neraka itu ya Rasulullah?” Nabi menjawab : “Ahlussunnah Wal Jama’ah”.
(Hadist ini diriwayatkan oleh Imam Thabarani).
Pengajian akidah yang disusun oleh Imam Abu Hassan Asy’ari iaitu “Sifat 13 dan ditambah oleh Imam Abu Mansur al-Maturidi 7 sifat maknawiyah tetapi Abu Hassan Asy’ari tidak menolak sifat maknawiyah ini. Bagi Abu Hassan Asy’ari 13 sifat ini sudah memadai tetapi bukan bermakana beliau menolak.

SENARAI SIFAT 20
1.Wujud (ada)
2.Qidam (sedia kala)
3.Baqa’ (kekal)
4.Qiamuhu Binafsih (tidak berhajat kepada sesuatu pun)
5.Mukhalafatuhu lilhawadis (tidak menyerupai makhluk)
6.Wahdaniyat (esa)
7.Qudrat (pekuasa)
8.Iradat (pekehendak)
9.Ilmu (pengetahuan
10.Hayat (hidup)
11.Sama’ (pendengar)
12.Bashar (penglihat)
13.Kalam (pekata)

SIFAT MA’NAWIYAH YANG DITAMBAH OLEH IMAM ABU MANSUR AL-MATURIDI
14.Kaunuhu Qadiran (keadaan Dzat Allah ada sifat pekuasa)
15.Kaunuhu Muridan (keadaan Dzat Allah ada sifat pekehendak)
16.Kaunuhu Aliman (keadaan Dzat Allah ada sifat pengetahuan)
17.Kaunuhu Hayyan (keadaan Dzat Allah ada sifat hidup)
18.Kaunuhu Sami’an (keadaan Dzat Allah ada sifat pendengar)
19.Kaunuhu Bashiran (keadaan Dzat Allah ada sifat penglihat)
20.Kaunuhu Mutakalliman (keadaan Dzat Allah ada sifat pekata)
v Ini hanya terjemahannya, bukan pembahasannya, wajib kepada setiap orang yang mukallaf mempelajari (megetahui pembahasannya) Akidah sifat dua puluh untuk mengesahkan amal ibadat kita dan menjauhkan kita daripada mensyirikkan Allah dengan menyamakan Allah dengan makhlukNya. Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya carilah guru yang boleh mengajar Akidah sifat dua puluh kerana inilah akidah yang sahih (benar). INGATLAH “AKIDAH YANG BENAR IBADAH YANG SAH”. Sekiranya akidah kita salah dan tidak betul, maka segala amalan kita tertolak dan kita kekal di dalam neraka buat selama-lamanya. Hanya orang yang beriman dan bertaqwa di janjikan syurga oleh Allah SWT.
v Kesimpulannya janganlah kita keliru dengan penambahan yang di lakukan oleh Imam Abu Mansur al-Maturidi. Perbezaan Imam Abu Hassan Asy’ari dengan Imam Abu Mansur al-Maturidi hanyalah dari segi bilangan sifat Allah sahaja.

KENAPA SIFAT ALLAH ADA DUA PULUH?
Kadang kala ada pertanyaan, “mengapa sifat Allah yang wajib di ketahui oleh orang mukallaf hanya dua puluh sifat? Bukankah sifat-sifat Allah yang terdapat dalam al-Asma’ al-Husna ada Sembilan puluh Sembilan?’
Perlu diketahui bahawa Ahlussunnah Wal Jama’ah tidak membatasi sifat-sifat Allah menjadi dua puluh sifat. Ahlussunnah Wal Jama’ah menetapkan sifat dua puluh kerana sifat dua puluh itu adalah sifat Dzat Allah yang menjadi syarat ketuhanan (syarthul uluhiyyah). Sedangkan sifat-sifat Allah yang lain adalah sifat af’al (sifat yang berkaitan dengan perbuatan Allah). Dan sifat Al-Af’al Allah itu jumlahnya banyak serta tidak terbatas.
Wajib kita beri’tiqad bahawasanya sifat Allah itu banyak dan wajib kita tahu hanya sekadar dua puluh sifat untuk mengesahkan Iman kita.
Selepas kewafatan Imam Abu Hassan Asy’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi, maka ulama’ yang datang selepas mereka, majoritinya berpegang dengan manhaj yang di susun oleh Imam Abu Hassan Asy’ari di dalam bab akidah, di dalam bab Feqah mereka berpegang dengan mazhab yang empat iaitu Imam Hanafi (80 H-150 W), Imam Maliki (93 H-176 W), Imam Syafi’i (150 H-820 W), Imam Hanbali ( 164 H-241 W). Manakala dalam Tasawuf pula mereka berpegang dengan Sheikh Junaid al-Baghdadi (W 297). Mazhab yang paling masyhur di dunia iaitu mazhab Syafi’i, sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w. sabdanya:
“Janganlah kamu mencela orang berketurunan Quraisy, maka sesungguhnya akan muncul seorang ‘alim dari keturunan Quraisy yang ilmunya memenuhi di seluruh dunia “

SENARAI ULAMA’-ULAMA’ YANG MUKTABAR BERPEGANG DENGAN AKIDAH IMAM ABU HASSAN ASY’ARI.
1. Imam Abu Bakar Al-Qaffal (wafat 365 H)
2. Imam Abu Ishaq Al-Asfarani (wafat 411 H)
3. Imam Al-Hafiz Al-Baihaqi (wafat 458 H)
4. Imam Qasim Al-Qusyairi (wafat 465 H)
5. Imam Al-Baqilani (wafat 403 H)
6. Imam Al-Ghazali (wafat 505 H)
7. Imam Fakhruddin Ar-Razi (wafat 606 H)
8. Al-Hafizh Taqiyy ad-Din Ali bin Abd al-Kafi as-Subki (W 765 H)
9. Al-Hafizh al-Faqih Waliyy ad-Din al ‘Iraqi (W 862 H)
10. Ibnu Hajar al-Haitami (W 974 H)
11. Syeikh Taqiyy ad-Din al-Husni, (W 826 H)pengarang kitab “Kifayatul Akhyar”
12. Al-Hafizh Ibnu Hajar al-Asqalani (W 852 H) yang mensyarah kitab Shahih Bukhari, nama kitab beliau “Fath al-Bari” yang menjadi rujukan seluruh ulama’ di dunia.
13. Al Imam Al Hafizh An-Nawawi yang mensyarah kitab Shahih Muslim.
14. Imam Baihaqy didalam kitabnya “Al Asma’ Was Sifat”
15. Imam Ibnu As-Sakir (H 550-620 W)
16. Imam Al Hafizh As Suyuthi
17. Imam Abdul Qadir Jailani
18. Imam Abu Mansur al-Baghdadi
19. Al Hafizh Azd Dzahabi (mantan murid Ibnu Taimiyah)
20. Murthada Azd Dzabidi
21. Imam Nasafie
22. Imam Ibrahim Laqqani
23. Imam Asy Syarbini
24. Al-Sheikh Al-Hafiz Abu Al-Fadl Abdullah Al-Siddiq Al-Ghumari
25. Asy Sayyid Muhammad ‘Alawi
26. Al Imam Sayid Ahmad Ibn Zaini Dahlan Al Hasani

SIRI ILMU TASAWUF : Penawar Bagi Hati



PENDAHULUAN

Kita seringkali membicarakan soal hati yang diibaratkan seperti raja kepada sekalian anggota tubuh badan. Pepatah sendiri mengatakan, "Rosak hati badan binasa". Sebagaimana hadis Rasulullah SAW pernah menyebut,

“Ingatlah bahawa dalam jasad ada segumpal daging, jika ia baik, maka baiklah jasad seluruhnya; jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati.” (Imam Bukhari dan Muslim).

Hadis ini mengingatkan tentang kedudukan hati yang begitu tinggi dalam diri manusia. Oleh kerana itulah, manusia perlu kepada penjagaan hati yang begitu rapi untuk memperoleh kesucian jiwa yang hakiki. Orang yang tidak mejaga hati mereka dengan sempurna pasti tidak akan terlepas daripada sikap yang buruk seperti sombong, takabur, dengki dengan kelebihan yang ada pada orang lain, bongkak dengan apa yang ada pada diri sendiri, mengadu domba antara manusia, memfitnah sesama saudara, marah dan lain-lain lagi. Tanya pada diri, hakikatnya mengapa begini jadinya? maka jawablah, tuntutan kepada material dan kebendaan dan hawa nafsu yang kerap mengganggu gugat hati manusia. 


Mengenal nafsu adalah cukup mudah. Namun, menundukkannya adalah amat payah. Sifat hati adalah sentiasa inginkan teman, sama ada bertemankan Iblis laknatullah ataupun Malaikat. Nafsu pula bersifat sementara, iaitu setelah keinginannya tercapai, maka ia akan merasa puas dengan apa yang diperolehnya, tetapi ia berkeinginan kepada lebih dari itu. Beruntunglah bagi mereka yang membenarkan hatinya berkawan dengan malaikat, kerana hatinya akan sentiasa mengarah anggota tubuh badannya ke arah kebaikan. Segala tingkah lakunya adalah bertunjangkan kepada perbuatan yang diredhai oleh Allah. Namun, rugilah bagi mereka yang menundukkan hati mereka kepada nafsu dan juga Syaitan, kerana bisikan hatinya bukanlah lagi ke arah kebenaran, bahkan boleh mengundang kepada kemurkaan Allah SWT.

Apabila hati itu telah bersih, pasti tuannya akan sentiasa mencari jalan menuju Allah SWT dalam keadaan jiwa yang tenang, aman damai dan tenteram, sentiasa ingat kepada Allah SWT, merasa cukup dengan apa yang ada, beramal soleh dan taat akan segala perintah Allah SWT. Oleh itu, bimbinglah hati kita dengan sebaik mungkin sebagai usaha membersihkan hati dari keadaan yang kotor kepada kemurniaan. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata untuk mengenal Allah SWT dan menghampirkan diri kepadaNya dalam mecari keredhaan-Nya.Carilah seorang doktor hati yang pakar dalam bidang kerohanian dalam membaiki hati dan juga hal-hal kebatinan yang ada dalam diri kita ini. Ambillah bai'ah dan talkin daripadanya, mudah-mudahan kita dapat membersihkan hati ini sebaik mungkin. 

Begitu juga diwajibkan ke atas setiap mukallaf (akil yakni berakal, baligh yakni cukup umur, sampai seruan, sempurna hawasyi yakni tidak cacat pendengaran dan penglihatan)mempelajari ilmu tasauf yang merupakan ilmu bagi mengetahui segala perlakuan hati sama ada perlakuan terpuji mahupun tercela. Apakah itu ilmu tasauf? Insya Allah, kita akan bincangkan dengan lebih lanjut pada perbincangan yang akan datang. Sebagai hamba yang dhaif, saya memohon maaf sekiranya ada kekurangan pada catatan ini, maka itu bermakna kurangnya pengetahuan yang ada pada diri saya.

Akhir kalam, semoga apa yang ditulis memberi manfaat kepada diri saya sendiri, orang muda mahupun tua, saudara-saudara pencinta Ilmu tasauf, sahabat-sahabat dan seluruh Muslimin dan Muslimat.Wallaahu a'lam.

 
hakcipta terpelihara PAKAR SISTEM | Nikmatilah Gaya Hidup Sempurna - | ,