CARIAN ANDA

Sunday, 27 March 2011

Bagaimana Ilmu Agama Itu Diambil/ Dipelajari


by Mohd Affandi Ismail on Tuesday, February 22, 2011 at 12:00pm

Bagaimana Ilmu Agama Itu Diambil/ Dipelajari

Ilmu agama tidak diambil (tidak dipelajari) daripada

mempelajari dengan kitab sahaja (tidak berguru) kerana

sesungguhnya kadangkala (berkemungkinan besar) kitab yang

ditelaah (dipelajari) itu telah ditokok tambah dan dibuat

penipuan oleh seseorang atau kadangkala apa yang difahami

itu bertentangan dengan apa yang telah difahami oleh

ulama` Salaf dan Khalaf “ menerusi apa yang dipindahkan

(diwariskan) dari satu generasi ke satu generasi di dalam

reality sesebuah umat. Maka hal tersebut akan membawa

kepada ibadah yang fasidah (rosak) atau mengundang kepada

penyerupaan Allah dengan makhluknya, dan turut boleh

membawa kepada kekufuran dan kesesatan.

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

“Jangan tangisi agama ini apabila masih ditangani oleh

ahlinya ,namun tangisilah agama ini apabila ditangani oleh

orang yang bukan ahlinya.”

[Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dan al-Thabarani]

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

“إِذَاوَسِّدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتِظَرِ السَّاعَةَ”.

Maksudnya :

“Apabila diserahkan urusan kepada orang yang bukan

pakarnya maka perhatikanlah saat kebinasaannya.”

[Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari]

Berkata Al-Hafizh Abu Bakr al-Khatib al-Baghdadi :

“Tidak diambil sesuatu ilmu agama melainkan daripada

mulut-mulut para ulama`”.

Berkata ulama` Salaf :

قَالَ بَعْضُ السَّلَفِ :

“الَّذِيْ يَأْ خُذُ الْحَدِيْثَ مِنَ الْكُتُبِ يُسَمَّى صَحَفِيًّا وَالَّذِيْ يَأْ خُذُ الْقُرْءَانَ

مِنَ الْمُصْحَفِ يُسَمَّىْ مُصْحَفِيًّا وَلا يُسَمَّى قَارِئًا”.

Maksudnya :

“Seseorang yang mengambil (mempelajari) hadis daripada

kitab-kitab hadis dinamakan ‘Shohafiyyan’ dan orang yang

mengambil (mempelajari) al-Quran daripada mushaf

dinamakan ‘mushafiyyan’ dan tidak dinamakan Qari

(orang yang pandai ilmu makhraj, sifat-sifat huruf dan ilmu

tajwid)”.

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang Allah mengkehendaki

kebaikan baginya ,maka Allah akan memberi kefahaman

kepadanya tentang ilmu agama .Demi sesungguhnya ilmu itu

hanya diperolehi dengan belajar dan kefahaman itu diperolehi

dengan mempelajari dari orang yang faqih (orang yang` alim)

[Diriwayatkan oleh al-Imam al-Thabarani]

Perkataan “ta`alum” pada hadis ini, mengikut Amir al-Mu`minin

dalam bidang hadis iaitu Ibn Hajar al-`Asqalany membawa maksud

berguru bukan mengkaji sahaja. Tetapi, sekiranya mengkaji kitab

dengan bimbingan guru yang demikian itu tetap dikira berguru.

Diriwayatkan oleh Muslim didalam kitabnya Sahih Muslim dan

Bazl al-Majhud, telah berkata Ibn Sirin1 (sahabat Nabi sallallahu`alaihi

wasallam) :

إِنَّ هَذَا الْعِلْمَ دِيْنٌ فَانظُرُوْا عَمَّنْ تَأْ خُذُوْنَ دِْينَكُمْ”

Maksudnya :

“Sesungguhnya ilmu ini adalah agama maka perhatikanlah

daripada siapa kamu mengambil agama kamu”.

[Muqaddimah Shahih Muslim bab pada menerangkan

sesungguhnya periwayatan itu tidak akan terjadi melainkan

daripada orang-orang yang thiqah orang yang dipercayai].

Telah berkata Ibn Mubarak (guru al-Imam Malik):

“ الإِسْنَادُ مِنَ الدِّيْنِ لَوْ لا الإِسْنَادَ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ”.

Maksudnya :

“Isnad itu adalah sebahagian daripada agama, sekiranya tidak

ada isnad maka berkatalah seseorang itu apa yang hendak

dikatakannya (bergantung kepada hawa nafsunya)”.

Syaikh al-Muhaqqiq Abdul Fattah Abu Ghuddah di dalam

kitabnya :

“Atas keadaan mana sekalipun, isnad yang mana ia adalah

kebanggaan umat islam, tidak sepatutnya diambil mudah

pada isnad dan tidak sepatutnya berpegang di atas dasar

waham(ragu) malah ia mestilah tetap kukuh seperti mana

keadaan golongan yang terdahulu daripada (Salaf al-Salih)”.

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

َ

“Barangsiapa yang keluar untuk menuntut ilmu( ilmu fardhu

ain ,)maka dia berada di jalan Allah sehinggalah dia kembali.”

[Diriwayatkan oleh al-Imam al-Tirmizi]

Al-Imam Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani al-Syafi`e al-Asy`ari (W. 852

H) dalam kitabnya Fath al-Bari:

قَاعِدَةٌ مُهِمَّةٌ: “مَنْ شَغَلَهُ الْفَرْضُ عَنِ النَّفْلِ فَهُوَ مَعْذُوْرٌ وَمَنْ شَغَلَهُ النَّفْلُ

عَنِ الْفَرْضِ فَهُوَ مَغْرُوْرٌ

Maksudnya :

Kaedah yang penting: “Barangsiapa yang disibukkan dengan

hal-hal yang fardhu dari hal-hal yang sunat (sehingga tidak

sempat melakukannya) maka dia (dianggap) ma`dzur

(diterima alasannya dan dimaklumi), dan barangsiapa yang

disibukkan dengan hal-hal yang sunat dari hal-hal fardhu

(sehingga dia tidak melaksanakan yang wajib) maka dia

adalah orang yang tertipu (syaitan menampakkan amal sunat

itu di matanya sebagai amal yang baik sedangkan amalamal

yang fardhu itu lebih utama bagi seseorang itu untuk

melaksanakannya).”

Inilah kaedah yang telah ditinggalkan oleh sesetengah orang kerana

sibuk mengerjakan perkara sunat dan meninggalkan yang wajib seperti

mempelajari ilmu aqidah untuk mengesahkan amal ibadat yang

kita buat .Termasuk dalam hal yang difardhukan oleh agama adalah

menyebarkan aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dan memberi

peringatan kepada masyarakat agar tidak mengikut golongan yang

telah terkeluar dari landasan aqidah arusperdana Ahl al-Sunnah Wa al-

Jama`ah. Oleh itu, apabila mendekati kiamat, maka Allah ta`ala akan

mengangkat semua ilmu iaitu dengan mematikan para alim ulama`

dan akan lahirkan golongan yang sesat lagi menyesatkan umat Islam

sebagaimana yang berlaku pada hari ini.

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

“Bahawasanya Allah ta`ala tidak mencabut( menghilangkan)

akan ilmu itu dengan sekaligus dari( dada )manusia .Tetapi

Allah ta`ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim

ulama ,`maka apabila sudah ditiadakan alim ulama ,`orang

ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin

mereka .Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya,

mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan .Mereka sesat

dan menyesatkan orang lain.”

Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa Allah ta`ala akan

mengangkat ilmu dengan mematikan para alim ulama` dan ketika

pemimpin yang memimpin rakyat adalah kalangan orang jahil. Pepatah

Melayu berkata “patah tumbuh hilang berganti” tetapi peribahasa ini

tidak boleh digunakan untuk menceritakan tentang ulama` kerana

para alim ulama` susah untuk dicari ganti. Oleh itu, apabila bumi ini

sudah ketiadaan para alim ulama`, maka pada ketika itu sudah tidak

bererti lagi kehidupan di dunia dan alam ini dipenuhi oleh golongan

yang sesat lagi menyesatkan.

Dewasa ini, kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan

hampirnya suatu zaman sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah

sallallahu`alaihi wasallam iaitu bilangan alim ulama` hanya tinggal

sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian

yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang

mendapat perhatian daripada golongan cerdik pandai. Mereka banyak

mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang

dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Inilah realiti masyarakat

kita hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari

jalan untuk menyelesaikannya.

0 comments:

Post a Comment

 
hakcipta terpelihara PAKAR SISTEM | Nikmatilah Gaya Hidup Sempurna - | ,