Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam
bersabda (6):
“Dan umatku akan menjadi 73 golongan, semuannya dalam
neraka melainkan satu golongan (7). Para sahabat bertanya:
golongan yang mana satu? Nabi menjawab: mereka adalah
golongan yang mengikut perjalanan hidupku dan para
sahabatku”.
Berdasarkan hadis ini maka para ilmuwan Islam membuat kesimpulan
bahawa mereka yang mengikut sunnah Nabi iaitu pegangannya dan
para sahabatnya maka mereka dikenali sebagai Ahl al-Sunnah Wa al-
Jama`ah, dan golongan inilah yang terselamat dari kekufuran dan api
neraka. Al-Imam al-Mufti Sheikh Sayyid Abdurrahman bin Muhammad
bin Husain bin Umar Ba`alawi(8) membuat kesimpulan tersebut:
1. 1-Syiah berpecah kepada 22 aliran
2. 2-Khawarij berpecah kepada 20 aliran
3. 3-Muktazilah kepada 20 aliran
4. 4-Murjiah kepada 5 aliran
5. 5-Najjariah kepada 3 aliran
6. 6- Al Jabbariah 1
7. 7-Al Musyabbihah 1
Carta golongan:
No Golongan Jumlah Pecahan
1 Syiah 22
2 Khawarij 20
3 Muktazilah 20
4 Murjiah 5
5 Najjariah 3
6 Jabbariyah 1
7 Musyabbihah 1
Jumlah Semua 72 -Tolak Ahli Sunnah
Oleh itu jelaslah, kalau ditambah satu aliran lagi dengan fahaman
Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, maka cukuplah menjadi 73 firqah
sebagaimana yang diterangkan oleh Nabi Muhammad sallallahu`alaihi
wasallam di dalam hadis yang di riwayatkan oleh al-Imam al-Tirmizi
tersebut. Kesimpulannya, golongan yang terkeluar dari landasan Ahl al-
Sunnah Wa al-Jama`ah, maka semuanya akan masuk ke dalam neraka
dan kekal di didalamnya buat selama-lamanya kerana akidah mereka
telah menyeleweng dari akidah Islam yang sebenar.
(6) Riwayat Al Tirmizi, juz X, h. 109.
(7) Yang tidak masuk neraka
(8) Kitabnya Bughyah al Mustarsyidin, (1382 H), Cetakan Matbaah Amin Abdul
majid, Kaherah Mesir, h. 398.
0 comments:
Post a Comment