CARIAN ANDA

Tuesday, 1 February 2011

Percakapan Kufur

Antara percakapan kufur yang menjisimkan Allah

ta`ala :

• Allah mempunyai tangan tetapi tidak serupa dengan tangan

makhluk. (akan kerana apabila kita menyebut perkataan tangan,

maka sudah semestinya, akan tergambar di dalam fikiran suatu

objek yang berjisim, berbentuk, mempunyai darah, daging,

tulang, jari, kulit dan ada bulu roma).

• Allah duduk di atas `Arasy tetapi tidak serupa dengan duduknya

makhluk. (apabila disebut duduk, mesti ada sebahagian atas dan

sebahagian bawah, mempunyai anggota badan, mempunyai

arah, menyentuh `Arasy, mengambil tempat).

• Allah turun dari langit tetapi tidak serupa dengan turunnya

makhluk. (sifat berpindah-pindah dari satu tempat kepada

tempat yang lain merupakan sifat makhluk dan apabila

dikatakan turun, sudah tentu sesuatu itu pada asalnya bertempat

iaitu ada tempat asal sebelum sesuatu itu turun).

• Allah mempunyai muka tetapi tidak serupa dengan muka

makhluk. (bila disebut muka, pasti wujud mata, bulu kening,

pipi, rambut, hidung, daging, tulang dan anggota yang

lainnya)

• Dan lain-lain lagi.

• Kesimpulannya, perkataan yang dikatakan itu tidak bermaksud

kepada perkara

• tersebut (jisim) tetapi apa yang dikatakan itu membawa

maksud perkara tersebut (jisim).

• Dan inilah percakapan yang sering kita dengar dari golongan

Wahhabi (pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab dan Ibnu

Taimiyah) dan kini mereka menggelarkan golongan mereka

dengan nama Salafi dan mendakwa mereka mengikut manhaj

Salaf, sedangkan tidak ada seorang ulama` pun di kalangan

ahl al-Salaf yang berkata sedemikian. Kekufuran mereka yang

mengucapkan kata-kata seperti di atas tidak diragui lagi kerana

mereka benar-benar mengeluarkan perkataan kufur.

Al-Imam Abu Abdillah Muhammad bin al-Anshari al-Qurtubi

radiyallahu`anhu (W. 671 H), berkata:

“Maka bahawasanya perkataan mereka “Tuhan bertubuh atau

Tuhan adalah Cahaya” (menetapkan bahawa Tuhan bertubuh

atau bercahaya), tetapi perkataan mereka mengatakan “tidak

serupa tubuh” dan “tidak serupa cahaya” menafikan apa yang

telah ditetapkan oleh mereka tersebut (Allah berjisim dan

Allah adalah cahaya), maka yang demikian itu (menyatakan

Allah berjisim dan Allah adalah cahaya tetapi tidak serupa

dengan jisim atau tidak serupa dengan cahaya) adalah saling

bertentangan."

Berkata al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna (Pengasas Hizbul

Ikhwan):

الرَّدُّ عَلَى مَنْ قَالُوْا إِنَّ الأَخْذَ بِظَاهِرِ هَذِهِ الآيَاتِ وَالأَحَادِيْثِ هُوَ مَذْهَبُ

السَّلَفِ, وَخُلاصَةُ مَا قَالَهُ أَنَّ الأَخْذَ بِالظَّاهِرِ هُوَ تَجْسِيْمٌ وَتَشْبِيْهٌ, لأَنَّ ظَاهِرَ

اللَّفْظِ هُوَ مَا وُضِعَ لَهُ, فَلا مَعْنًى لِلْيَدِ حَقِيْقَةً إِلا الْجَارِحَةَ, وَهَكَذَا. وَأَمَّا

مَذْهَبُ السَّلَفِ فَلَيْسَ أَخْذَهَا عَلَى ظَاهِرِهَا

Maksudnya :

“Menyanggah dan menolak mereka yang mendakwa kononnya

berpegang secara zahir ayat al Quran dan hadis mutasyabihat

secara zahir merupakan Tajsim iaitu menjisimkan Allah dan

tasybih iaitu menyamakan Allah dengan makhluk, kerana

zahir lafaz tersebut adalah apa yang telah diletakkan makna

baginya. Maka tiada makna “Tangan” secara hakikat

zahirnya kecuali anggota badan dan begitu juga selainnya,

manakala mazhab salaf tulen tidak berpegang secara zahir

ayat dan hadis tersebut (ayat mutasyabihat)”.

0 comments:

Post a Comment

 
hakcipta terpelihara PAKAR SISTEM | Nikmatilah Gaya Hidup Sempurna - | ,